Penghantaran Termurah dari Jepun ke Malaysia

Cara termurah untuk menghantar Barangan Peribadi dari Jepun

Penghantaran Termurah dari Jepun

Bagaimana memilih cara terbaik untuk memindahkan barangan peribadi anda pulang

Jika anda sedang membaca artikel ini, anda pasti sedang mencari cara terbaik dan paling murah untuk menghantar barangan anda dari Jepun. Membuat kajian adalah idea yang bagus kerana banyak orang fikir hanya pejabat pos adalah pilihan mereka, sedangkan, sebenarnya mereka boleh menjimatkan wang jika mereka menghantarnya dengan cara lain - walaupun ini bergantung kepada jumlah terbabit.

Mungkin ada antara anda yang sampai ke halaman ini sebab anda mencari penyelesaian untuk penghantaran bungkusan besar atau barang besar dari Jepun, memandangkan sekatan berat dan saiz diambil kira apabila anda menghantar bungkusan melalui pejabat pos.

Di halaman ini kami akan menunjukkan semua pilihan penghantaran anda yang boleh dipilih apabila menghantar barangan peribadi anda atau membeli barangan dari Jepun. Memilih kaedah penghantaran bersesuaian mengikut jumlah yang dihantar adalah sangat penting. Jangan buat kesimpulan yang penghantaran melalui kapal adalah lebih murah daripada penghantaran melalui kapal terbang, atau pejabat pos sentiasa lebih murah, dsb.

Di laman-laman forum, kami kerap melihat expat membincangkan cara terbaik untuk menghantar pulang barangan mereka atau cara murah untuk menghantar barangan mereka dari Jepun.
Sesetengah orang tertanya-tanya tentang kos menghantar cenderahati pulang dari Jepun. Ini adalah senarai semua kaedah penghantaran sedia ada.

Syarikat kami menawarkan semua cara pengangkutan disenaraikan di sini (walaupun menghantar melalui pejabat pos biasanya adalah untuk orang yang membeli produk dan tinggal di luar Jepun).

Lima Cara Untuk Menghantar Barangan Anda

Penghantaran melalui laut - Dihantar sebagai Penghantaran LCL (Less-Than-Container-Load)

Less-Than-Container-Load, lit. Muatan Kontena Kurang Penuh

Apabila anda menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran barangan antarabangsa, anda biasanya menggunakan perkhidmatan LCL. LCL biasanya juga membawa maksud 'penggabungan'. Ia adalah perkhidmatan di mana anda berkongsi kontena bersama penghantar/pengeksport lain dan membayar ruang yang anda gunakan. Jika anda melihat kadar perkhidmatan pembekal berbeza dengan menghubungi penghantar antarabangsa, anda akan kerap mendengar 'meter kubik' atau 'meter padu'. Muatan kapal dikira berdasarkan volum, dengan 1 meter kubik/meter padu sebagai volum minima (satu meter padu air beratnya satu tan). Oleh itu, penghantaran melalui kapal tidaklah murah sangat jika anda hanya menghantar jumlah yang kecil. Penghantaran penggabungan boleh digunakan dari Jepun ke negara-negara destinasi utama di seluruh dunia, seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara-negara Eropah dan Asia termasuk Malaysia.

Penghantaran laut Full Container Load (FCL)

Full Container Load (FCL) sea shipments

Apabila anda mempunyai penghantaran yang cukup besar, FCL adalah satu pilihan. Anda mungkin perlu menghantar sekurang-kurangnya lebih kurang 10 meter padu. Walaupun perkhidmatan LCL boleh digunakan dari Jepun ke AS, Australia dan banyak negara di Eropah dan Asia termasuk Malaysia, terdapat beberapa destinasi di mana perkhidmatan LCL tidak disediakan. Namun begitu, FCL mungkin disediakan untuk destinasi-destinasi tersebut.

Kargo Udara

Mod pengangkutan in sesuai hanya untuk jumlah barangan yang kecil. Minima adalah 45kg. Walaupun kami katakan yang ini adalah berat minima, sama seperti minima satu meter padu untuk penghantaran laut, kami tidak bermaksud penghantaran dengan berat kurang daripada 45kg tidak akan diterima. Terdapat kadar-kadar berbeza untuk penghantaran bawah 45kg, tetapi ia bukanlah kadar berdiskaun. Oleh itu, penghantar 45kg adalah lebih murah melainkan penghantaran adalah seberat 5kg atau 10kg.

Perkhidmatan Kurier

Contoh-contoh syarikat kurier antarabangsa yang bagus adalah DHL, UPS dan FedEx Express. Perkhidmatan kurier biasanya adalah pintu-ke-pintu dan termasuk perkhidmatan pelepasan kastam untuk negara-negara penghantaran dan destinasi, selain China, di mana pengguna perlu mengupah broker kastam mereka sendiri. Kadar-kadar biasanya bermula dari 0.5kg dan kadar-kadar berbeza biasanya ditawarkan untuk penghantaran dokumen sahaja. FedEx menawarkan perkhidmatan kargo udara selain perkhidmatan kurier. Perkhidmatan kurier sesuai untuk menghantar jumlah barang yang kecil. Syarikat-syarikat kurier kurang gemar menguruskan barangan peribadi tidak disahkan, dan jika anda menghubungi mereka terus, anda akan mendapati yang mereka akan memberitahu anda bahawa mereka tidak akan mengendalikan barangan peribadi kerana potensi masalah dengan pelepasan kastam di destinasi. (Mereka biasanya mengendalikan barangan umum, barangan dibeli, atau dokumen).

Syarikat kami adalah ejen untuk beberapa syarikat kurier ini, dan menyediakan perkhidmatan berdiskaun, cth, jika anda membuat penghantaran melalui kami, anda akan dicaj lebih rendah daripada jika anda melakukannya secara terus. Bergantung kepada destinasi, barangan peribadi juga boleh dihantar.

Lit. Pos Jepun

Penghantaran melalui Japan Post adalah kaedah paling kerap digunakan untuk menghantar barangan seseorang. Kebanyakan orang menggunakan surat biasa berbanding surat udara atau EMS apabila menghantar barangan peribadi. Mungkin surat biasa Japan Post adalah lebih berpatutan hanya apabila anda menghantar jumlah yang sangat kecil seperti apabila penghantaran hanya satu atau beberapa karton. Terdapat sekatan berat dan saiz, jadi anda tidak boleh menghantar barangan berat atau besar melalui pejabat pos.

Secara ringkasnya, terdapat lima cara untuk menghantar barangan anda dari Jepun.

Ini adalah dua undang-undang yang semua orang patut tahu.
.Selain perkhidmatan pos, lebih pantas kaedah pengangkutan, ia jadi lebih murah untuk penghantaran lebih kecil. Maksud saya, jika anda menghantar, katakanlah 50kg barang, pengangkutan udara adalah pilihan paling murah dan menawarkan masa penghantaran paling singat. Sebaliknya, jika anda menghantar 250kg, lebih murah menghantarnya sebagai pengangkutan laut LCL.

.Pelepasan kastam lebih mudah dengan penghantaran kurier berbanding penghantaran udara dan lebih mudah untuk penghantaran udara berbanding penghantaran laut. Ini kerana, secara umumnya, penghantaran kurier adalah lebih kecil daripada penghantaran kargo udara, dan penghantaran kargo udara adalah lebih kecil daripada penghantaran laut. Pejabat-pejabat kastam lebih risau tentang penghantaran besar berbanding penghantaran kecil.

Perkhidmatan-perkhidmatan kami tawarkan

Untuk expat yang meninggalkan Jepun dan mereka yang tinggal di luar Jepun dan mencari cara untuk mengangkut barangan yang mereka telah beli dan sebagainya, kami menawarkan perkhidmatan melalui udara, perkhidmatan melalui laut (LCL dan FCL) dan perkhidmatan kurier. Untuk perkhidmatan kurier, kami biasanya boleh menawarkan kadar berdiskaun untuk penghantaran melalui DHL sebagai perkhidmatan ekonomi, walaupun ia mengambil masa beberapa hari untuk penghantaran berbanding apabila anda mengendalikannya terus dengan mereka menggunakan perkhidmatan biasa.