Penghantaran perkapalan dari Jepun ke Malaysia

(Berpindah dari Negara Jepun ke Negara Malaysia)

Japan Luggage Express adalah sebuah syarikat penghantaran perkapalan dan perpindahan antarabangsa di Negara Jepun yang telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan sejak masa itu, kami telah membantu ramai ekspatriat yang bermastautin di Jepun menghantar balik barang-barangan peribadi mereka ke negara asal mereka pada harga yang berpatutan. Sekiranya anda ingin kembali ke Malaysia atau ingin menghantar barangan dari Jepun ke Malaysia, silalah hubungi Japan Luggage Express.

Kadar perkhidmatan penghantaran melalui udara ke Malaysia

Kadar Perkhidmatan Udara

Kuala Lumpur 950 yen per kilogram
Penang 1,000 yen per kilogram

Untuk penghantaran perkapalan yang kecil, perkhidmatan melalui udara adalah kurang mahal berbanding dengan perkhidmatan penghantaran melalui laut.

- Berat yang minimum adalah 45 kg. Penghantaran perkapalan di bawah berat 45 kg. akan dihantar sebagai 45 kg.

- Perkhidmatan-perkhidmatan adalah sedia didapati di kebanyakan lapangan-lapangan terbang antarabangsa di merata dunia akan tetapi bergantung kepada destinasi, kadar yang lebih tinggi mungkin dikenakan.

- Tarif-tarif tersebut hanya meliputi penghantaran ke terminal destinasi sahaja. Caj-caj destinasi seperti perkhidmatan terminal, yuran pengendalian syarikat pernerbangan, pelepasan kastam dan caj penghantaran di destinasi tersebut dan sebagainya adalah tidak termasuk.

Semua caj-caj adalah terlakluk kepada perubahan tanpa notis.

- Kos tambahan untuk bahan api dan jaminan mungkin dikenakan.

Caj Pengendalian JLE

Caj Pelepasan Kastam: 5,900 yen untuk setiap kiriman bungkusan.
*Kiriman bungkusan merujuk kepada semua bungkusan-bungkusan yang dihantar dalam suatu masa yang sama.

Caj Pengambilan

Kawasan Tokyo (wad-wad 23): Percuma
Di luar Tokyo dan Yokohama: Caj tambahan sebanyak 50 hingga 250 yen per kg.

Contoh Kadar

50 kg ke Kuala Lumpur: 950 yen x 50kg + 5,900 yen = 53,400 yen.

Simpanan

100 yen/kg untuk seminggu (jika tempahan telah dibuat terlebih dahulu)

Insuran

Adalah pilihan untuk insuran perkapalan dan udara yang sedia ada melalui syarikat kami.
Premiumnya adalah 1.5% atas nilai yang diisytiharkan dalam senarai bungkusan anda.

Tentang Berat Isipadu

Menurut ukuran dasar isipadu IATA (PErsatuan Pengangkutan Udara Antarabangasa), berat isipadu akan dikenakan jika penghantaran adalah di bawah sesuatu kepadatan berat. Caj berat kargo udara yang boleh dikenakan adalah lebih tinggi daripada berat kasar sebenar atau berat isipadu.

Berat Isipadu: Tinggi (cm) x Panjang (cm) x Lebar (cm) ÷6,000. Sebagai contoh, berat isipadu sebuah kotak 50 x 60 x 40 cm adalah 20. Jika berat kasar kotak tersebut adalah 27 kg, caj berat yang boleh dikenakan adalah 27 kg (sebab 27 adalah lebih besar daripada 20), walau bagaimanapun jika berat kotak tersebut hanyalah 4 kg, maka berat yang boleh dikenakan adalah 20 kg (sebab 20 adalah lebih besar daripada 1). Berat isipadu berkemungkinan dikenakan bila penghantaran perkapalan objek-objek adalah rendah dari segi kepadatan berat seperti selimut-selimut duvet, gitar-gitar akustik atau basikal-basikal.

Kadar-kadar untuk perkhidmatan melalui laut (penghantaran laut dari Jepun ke Malaysia)

Perkhidmatan melalui laut adalah disediakan di Pelabuhan Klang dan Penang.

Silalah hubungi kami dan minta sebut harga untuk penghantaran ke Malaysia dengan menggunakan borang pertanyaan talian online. Kami amatlah sedia menghantar sebut harga melalui e-mel. Kadar-kadar boleh didapati untuk berat isipadu sekurang-kurangnya dari satu meter padu. Maklumlah, kami mengendali kedua-dua, penghantaran barangan peribadi dan juga kargo komersial.